Semakin rancak menuju penghujung minggu, US dolar yang dijangkakan bergerak lemah berjaya pamerkan prestasi cemerlang menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Mei pada sesi New York malam ini.
Data-data ekonomi yang diterbitkan dilihat terus memberi isyarat pemulihan ekonomi yang baik di Amerika Syarikat.
Selepas data tinjauan ISM sektor pembuatan AS yang diterbitkan pada Selasa catat bacaan meningkat, bacaan data sektor perkhidmatan yang diterbitkan semalam juga meningkat merekodkan paras tertinggi sepanjang masa.
Malah data bagi tuntutan pengangguran AS telah susut di bawah paras 400,000, terendah untuk tempoh 14 bulan sekaligus memberikan isyarat positif terhadap data pekerjaan yang bakal diterbitkan.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-forex-semua-jatuh
Seperti yang diperhatikan pada carta harga utama pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga jelas membuat penurunan setelah pengukuhan US dolar kembali mendominasi memberi tekanan terhadap mata wang utama lain dalam pasaran.
Setelah harga gagal tembusi zon rintangan 1.22500 seperti minggu lalu, zon harga pada 1.21800-1.21500 dilihat sebagai zon yang akan menyokong semula kenaikan harga.
Sebaliknya, harga telah tembus zon tersebut mencecah ke paras 1.21170 pada sesi New York semalam untuk mencatatkan paras terendah mingguan terbaru.
Penurunan lebih rendah dijangkakan untuk menguji pula zon tumpuan seterusnya pada 1.20900-1.20600.
Dan sekiranya laporan NFP diterbitkan dengan angka memberangsangkan dan terus mengukuhkan nilai US dolar, harga boleh menjunam lebih rendah melepasi zon tersebut.
Namun jika sebaliknya yang berlaku, kenaikan harga akan menguji semula zon 1.21800-1.21500 yang kini menjadi rintangan buat harga yang perlu dilepasi.
Kenaikan lebih tinggi sekali lagi akan menguji zon rintangan 1.22500 untuk meneruskan kenaikan ke paras ketinggian terbaru.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI