Seperti yang telah dijangkakan penganalisis untuk pergerakan pasaran di penghujung tahun 2021 ini, harga tidak memberikan arah yang jelas dengan membuat pergerakan turun naik dalam julat yang kecil.
Carta harga pasangan mata wang EUR/USD kembali membuat penurunan semula pada dagangan Khamis semalam gagal untuk meneruskan lonjakan yang dipamerkan pada Rabu lalu.
Harga kembali susut sejak sesi Asia semalam dengan paras terendah harian dicatatkan sekitar 1.13000.
US dolar gagal untuk mendominasi ke atas Euro walaupun data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam positif dengan penurunan lebih rendah berbanding jangkaan.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-pasaran-matawang-1
Dengan jangkaan harga mungkin akan terus bergerak tidak menentu pada hari terakhir 2021, pelabur lebih berwaspada untuk berada dalam pasaran dan kebanyakan pemain pasaran lebih bersedia untuk pembukaan pasaran 2022.
Harga yang juga berlegar di paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam turut gagal untuk memberi isyarat harga yang jelas di penghujung minggu ini.
Untuk jangkaan pergerakan menaik harga, zon resistance pada 1.14000 masih menjadi sasaran penting untuk diuji harga.
Sementara jika harga membuat penurunan pula, zon sokongan harga terletak di sekitar paras 1.12500 atau lebih rendah menuju 1.12000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG