US dolar menutup dagangan minggu lalu dengan prestasi cemerlang mencapai paras tertinggi beberapa bulan selepas pengukuhan susulan mesyuarat FOMC.
Momentum pengukuhan dijangka akan berterusan pada minggu ini dan akan terus memberi tekanan terhadap pergerakan mata wang utama yang lain dalam pasaran.
Mata wang Euro antara yang ketara terkesan dengan kejatuhan nilai minggu lalu berbanding US dolar di samping tekanan oleh petunjuk polisi oleh bank pusat Eropah (ECB).
Pada awal minggu ini, ucapan oleh Presiden ECB Christine Lagarde akan menjadi perhatian para pelabur bagi petunjuk dasar monetari terbaru selepas jangkaan bank pusat akan terus mengekalkan dasar yang longgar sebelum ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-sentimen-forex-10am
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD minggu lalu telah mencatatkan penurunan mingguan sehingga 300 pips ke bawah paras 1.19000.
Pada 1.19000 kini dilihat sebagai zon rintangan bagi harga yang akan diuji sebelum menyambung penurunan lebih rendah minggu ini.
Penurunan harga seterusnya dijangka untuk menguji zon support 1.18000 untuk mencatatkan paras terendah harga bagi tempoh dagangan 2 bulan.
Malah, pelabur akan menjangkakan penurunan lebih rendah di bawah zon tersebut sekiranya US dolar terus mengukuh.
Sebaliknya, jika harga kembali membuat kenaikan di atas paras 1.19000, pelabur akan meneliti isyarat awal untuk perubahan trend harga semula.
Bagi jangkaaan kenaikan harga, paras tumpuan awal dilihat pada 1.2000 sebelum harga yang meneruskan lagi kenaikan seterusnya akan menuju zon SBR (support become resistance) pada sekitar 1.20600-1.20900.
Pantau juga data-data sektor ekonomi Eropah pada minggu ini yang turut akan mempengaruhi pergerakan mata wang Euro dalam pasaran.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI