US dolar kekal bergerak lemah sehingga ke penghujung dagangan minggu ini dengan pelabur lebih memberi tumpuan terhadap mata wang yang berpulangan tinggi berikutan sentimen optimis pakej rangsangan ekonomi yang lebih besar di Amerika Syarikat (AS) selepas Joe Biden mengambil alih tugas sebagai Presiden AS yang baru.
Penyusutan US dolar telah memberi ruang untuk mata wang Euro meneruskan peningkatan semula selepas mesyuarat polisi bank pusat Eropah semalam.
European Central Bank (ECB) mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan menyatakan akan terus memberi sokongan terhadap pemulihan ekonomi.
Walau bagaimanapun, pelabur berhati-hati dengan amaran Presiden ECB, Christine Lagarde berkenaan peningkatan baru pada kes jangkitan Covid-19 di Eropah yang akan mendorong langkah sekatan pergerakan untuk tempoh lebih panjang.
Pada carta harga bagi pasangan mata wang EUR/USD, harga yang turun ke paras 1.20800 pada Rabu lalu kembali pamerkan kenaikan harga semula semalam sehingga ke zon SBR (support become resistance) 1.21500 semula.
Pergerakan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga turut memberi isyarat untuk trend kenaikan harga semula.
Jika harga bergerak lebih tinggi melepasi zon SBR 1.21500-1.21800 pada dagangan hari ini, kenaikan dilihat akan menguji zon SBR lebih tinggi pada 1.22000 dan seterusnya ke paras 1.22500.
Namun sekiranya harga menjunam semula dari zon SBR tersebut, penurunan harga dilihat akan kembali menuju zon support mingguan pada 1.20800 sebelum penurunan yang diteruskan berpotensi mencecah sehingga paras 1.20000.
Pelabur akan memantau data PMI pembuatan dan perkhidmatan di Eropah dan AS pada sesi Eropah dan juga sesi New York nanti dan pastinya akan memberi kesan terhadap pergerakan harga.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI