US dolar terus bergerak lemah ke paras terendah beberapa bulan berbanding mata wang Eropah serta mata wang komoditi berikutan corak penurunan dipaparkan semula pada hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) ke paras 1.60% semula selepas peningkatan sebelum ini telah berjaya mencapai paras 1.70%.
Kadar faedah AS dijangka akan kekal rendah untuk tempoh yang lebih panjang membuatkan nilai US dolar terus menerima tekanan.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-eur-gbp-meningkat-185-10am
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga kembali meningkat semula selepas bergerak sedikit susut pada sesi Asia semalam. Peningkatan harga pada sesi Eropah dilihat lebih didorong oleh penyusutan US dolar dengan ketiadaan faktor yang kuar menyokong pengukuhan Euro.
Harga kembali berlegar semula dalam julat zon resistance 1.21800-1.21500 seperti yang diuji pada dagangan minggu lalu.
Berkemungkinan harga mengalami sedikit kesukaran untuk tembusi zon tersebut ekoran momentum kenaikan harga tidak begitu memberangsangkan.
Namun jika harga berjaya lepasi zon tersebut, jangkaan harga akan meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju paras sekitar 1.22500 untuk menguji rintangan pada Februari itu.
Sebaliknya, jika situasi penurunan harga kembali terjadi selepas harga masih gagal tembusi zon resistance semasa, harga dilihat akan kembali semula ke zon RBS (resistance become support) 1.20900-1.20600.
Penurunan lebih rendah akan menuju pula ke zon support tumpuan pada 1.20000 namun memerlukan faktor yang kuat menyokong semula pengukuhan US dolar dalam pasaran.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI