Masih ingat insiden pump and dump saham peruncitan permainan video, GameStop (GME) yang pernah menyengat pasaran kripto dan saham pada akhir Januari tahun ini?
Dalam perkembangan terbaru, GameStop telah menerima beberapa aset kripto: Bitcoin (BTC), Dogecoin (DOGE), Axie Infinity (AXS), Smooth Love Potion (SLP), Shiba Inu (SHIB) dan Decentraland (MANA) sebagai medium pembayaran.
Sokongan terhadap aset-aset ini melalui rangkaian pembayaran kripto, Flexa yang disokong oleh Gemini.
Tidak cukup dengan itu, Flexa juga turut menyokong beberapa aset terbesar dari ekosistem NFT.
Sebagai rekod, rangkaian pembayaran Flexa dilancarkan pada Mac 2019.
Kehadirannya memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran menggunakan Bitcoin dan beberapa aset kripto yang lain di kedai fizikal.
Flexa menggunakan AMP, token yang memiliki standard ERC-20 bagi memastikan transaksi dapat dilakukan secara pantas.