Seperti mata wang utama yang lain, Pound Sterling juga bergerak lebih positif menuju penghujung minggu susulan penyusutan semula US dolar semalam.
Pelabur juga berwaspada terhadap dagangan Pound pada Jumaat menantikan terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK pada sesi Eropah sementara pada sesi New York pula tumpuan pada data yang sama bagi Amerika Syarikat (AS).
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-sis-mata-wang-usd-lemah-215-11am
Sementara itu, mari teliti dahulu pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada minggu ini.
Selepas harga menguji zon rintangan pada 1.42000, penurunan harga kembali dipamerkan menuju ke paras sokongan pada 1.41000 sehingga dagangan sesi Asia Khamis semalam.
Namun, penyusutan semula US dolar mendorong kenaikan semula harga melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga membuatkan pelabur kembali waspada terhadap isyarat awal untuk perubahan trend bullish itu.
Bersambung pada sesi Asia pagi Jumaat, harga bergerak perlahan di bawah zon rintangan 1.42000 yang menjadi penghalang harga meneruskan kenaikan pada minggu ini.
Namun jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut, paras sasaran harga seterusnya dilihat pada 1.43000 sekaligus merekodkan paras tertinggi terbaru sejak April 2018.
Sebaliknya jika harga membuat penurunan semula, harga akan kembali disokong di paras 1.41000 seperti semalam atau penurunan lebih rendah akan menuju ke zon RBS (resistance become support) tumpuan pada 1.40000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI