Pelabur melihat petanda awal untuk perubahan trend pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD apabila lonjakan harga berlaku susulan mesyuarat bank pusat England (BOE) minggu lalu dinilai hawkish oleh pasaran.
Namun penganalisis pasaran memberi amaran untuk kemungkinan kejatuhan harga sekiranya pasaran kembali memberi tumpuan terhadap langkah pengetatan polisi oleh Federal Reserve (Fed) berikutan isyarat yang disampaikan pada mesyuarat FOMC terbaru.
Selepas mencatatkan lonjakan harian terbesar pada Khamis lalu, harga dilihat melonjak melepasi rintangan 1.37000.
Namun, kenaikan harga gagal diteruskan sebaliknya harga susut semula di bawah paras 1.37000 dan sehingga bersambung ke pembukaan sesi dagangan awal minggu ini, harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat bearish.
Ucapan Gabenor BOE, Andrew Bailey akan menjadi tumpuan pada awal pagi Selasa untuk petunjuk terbaru bagi penetapan dasar monetari bank pusat.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-peninglah-usd-ni
Mendatar sepanjang sesi Asia, harga paparkan kenaikan pada awal sesi Eropah hari ini untuk menguji semula zon 1.37000 dan juga halangan MA50.
Gagal melepasi rintangan-rintangan berikut akan memberi isyarat untuk penurunan lebih rendah harga dengan jangkaan untuk harga menuju semula zon support pada 1.36000.
Zon tersebut telah menyokong harga untuk meningkat semula pada penurunan minggu lalu yang mana juga merupakan zon support pada dagangan Ogos lalu.
Jika harga susut lebih rendah melepasi zon support tersebut, penurunan seterusnya dilihat akan ke paras tumpuan 1.35000.
Namun jika harga berjaya mengekalkan corak kenaikan selepas isyarat awal perubahan trend pada lonjakan minggu lalu, kenaikan dijangkakan untuk menuju ke paras 1.38000 untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.
Kenaikan lebih tinggi akan menguji pula zon resistance 1.39000 yang gagal ditembusi sebelum ini setelah diuji beberapa kali.
Lihat gambar carta harga pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG