Dagangan pada awal minggu menyaksikan penyusutan semula Pound Sterling selepas berjaya bergerak kukuh berbanding US dolar untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru lebih 2 tahun.
Jangkaan awal pelabur adalah penyusutan lebih ketara Pound selepas Perdana Menterik UK Boris Johnson mengumumkan arahan sekatan pergerakan terbaru bagi membendung penularan pantas Coronavirus variasi baru.
Namun, kebimbangan pelabur dilegakan oleh pengumuman seterusnya oleh Menteri Kewangan UK Rishi Sunak dengan pakej bantuan tambahan bernilai £4.6 bilion untuk menyokong ekonomi yang sedang terjejas.
Pengumuman pakej rangsangan tambahan itu telah kembali menstabilkan semula dagangan Pound daripada jatuh lebih rendah.
Pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam juga dapat dilihat harga tidak berjaya turun lebih rendah dari paras terendah pada Isnin sebelum melonjak di sesi New York di atas paras 1.36000.
Sesi Asia pada Rabu pula melihatkan harga berlegar semula di sekitar paras 1.36000 dengan pergerakan harga dipacu oleh perkembangan pilihan raya di Georgia.
Jika harga kekal meneruskan kenaikan lebih tinggi, paras ketinggian 1.37000 akan diuji yang kini menjadi rintangan utama sebelum harga mencatatkan paras tertinggi terbaru sejak April 2018 sekiranya berjaya melepasi paras tersebut.
Namun jika harga membuat penurunan semula, paras terendah mingguan bakal dicatatkan menuju ke zon sokongan sekitar 1.35000.
Penurunan lebih rendah akan tertumpu pada zon harga 1.34000 dan seterusnya 1.33000 yang telah diuji sebelum ini.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI