Pengumuman Langkah Terbaru Pentadbiran UK Telah Mempengaruhi Strategi Trader GBP!

363

Pada hari ini, pentadbiran Britain telah mengumumkan penawaran pakej rangsangan tambahan yang bernilai 4.6 bilion pound bagi membantu sektor perniagaan. Pakej sokongan ini hadir untuk mengurangkan kemelesetan ekonomi yang dijangkakan akan meningkat disebabkan lonjakan kes Covid-19 dan perintah berkurung yang ketiga.

Perdana Menteri Boris Johnson mengumumkan ‘lockdown’ pada hari Isnin dengan mengatakan penularan pandemik Covid-19 dijangkakan akan terus meningkat dan sangat berisiko. Atas dasar itu, kerajaan telah menggalakan orang ramai bekerja dari rumah dan sekolah diarahkan tutup. Bukan itu sahaja, kerajaan juga mengarahkan hotel dan sektor bisnes bukan utama ditutup.

Segelintir penganalisis berpendapat bahawa ekonomi Britain dilihat akan mengalami fasa kemelesetan pada suku terakhir 2020 dan suku pertama 2021. Indikasi yang berlaku pada awal tahun 2020 menunjukkan output ekonomi UK telah mengalami penurunan sebanyak 25% dalam dua bulan pertama ‘lockdown’ pada tahun 2020.

Walaubagaimanapun, kemorosotan baru dijangka akan jauh lebih kecil kerana kebanyakkan perniagaan telah mampu menyesuaikan untuk bekerja dari jarak jauh mahupun dari rumah. Pengumuman pakej rangsangan pada hari ini membolehkan sektor runcit, hospitaliti dan riadah menerima bantuan sehigga 9,000 pound.

Britain telah mengalami penguncupan paling teruk berbanding ekonomi Kumpulan Tujuh (G7) pada suku kedua 2020 dan Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan telah menganggarkan pemulihan Britain pada akhir tahun ini akan menjadi yang paling perlahan berbanding negara anggota setelah Argentina.

Matawang GBP mengukuh sebanyak 0.14% berbanding US dolar setakat jam 9.10 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat