Berbeza berbanding pergerakan harga pada carta EUR/USD, pasangan mata wang GBP/USD sebaliknya berjaya pamerkan corak kenaikan positif harga pada awal minggu.
Hal ini adalah didorong oleh pengumuman Perdana Menteri UK Boris Johnson bahawa sekatan pergerakan harga dihapuskan pada 19 Julai selepas lanjutan ke tarikh tersebut sebelum ini.
Walaupun kes jangkitan masih lagi tinggi, namun pembukaan semula ekonomi sepenuhnya akan dilaksanakan dengan menghapuskan sekatan pergerakan termasuk pemakaian topeng muka dan peraturan penjarakan sosial. Keputusan akhir akan dibuat pada 12 Julai.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-lesu-10am-6-7
Selepas harga pada carta GBP/USD melonjak pada Khamis lalu susulan laporan NFP, kenaikan harga bersambung pada sesi Asia pagi ini (Selasa) walaupun corak pergerakan harga agak perlahan semalam.
Perkembangan positif di UK tersebut telah membantu memberikan isyarat lebih jelas perubahan trend bullish pada carta GBP/USD selepas harga melonjak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk petunjuk awal.
Kenaikan harga kini dilihat akan menuju ke zon sekitar 1.39000-1.392000 untuk menguji zon rintangan tersebut sebelum menyaksikan kenaikan lebih tinggi.
Kenaikan yang diteruskan bakal kembali menuju semula ke zon SBR (support become resistance) tumpuan sebelum ini pada 1.40000.
Namun, pelabur tetap perlu berhati-hati untuk situasi kejatuhan semula harga sekiranya tumpuan pasaran kembali terarah semula pada dasar bank pusat.
Penurunan harga dilihat akan disokong pada zon harga 1.38300-1.38000 dan juga paras sokongan MA50.
Melepasi paras-paras tersebut akan memberi ideal awal untuk harga menyambung trend bearish sebelum ini semula.
Jangkaan penurunan harga akan menuju ke zon support tumpuan pada 1.37000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 3 bulan.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI