Ini Rincian Ucapan PM Johnson Yang Pelabur Perlu Tahu

623

Perdana Menteri UK, Boris Johnson mengumumkan semua langkah sekatan Covid-19 akan ditamatkan pada 19 Julai, termasuk penggunaan pelitup muka dan penjarakan sosial di England.

Melalui sidang media yang berlangsung pada Isnin, PM Johnson telah memperincikan langkah-langkah terakhir dalam pelonggaran sekatan, dengan keputusan akhir akan dibuat pada 12 Julai.

‘Hari Kebebasan’, atau ‘Langkah 4′ dalam rancangan jangka panjang kerajaan untuk melonggarkan sekatan akan mula berkuat kuasa pada 19 Julai sekiranya ’empat ujian’ untuk meringankan sekatan Covid-19 dipenuhi.

Ujian tersebut termasuk melihat data yang mengesahkan bahawa program vaksinasi berjaya dilakukan, dan kadar jangkitan tidak tidak menyebabkan lonjakan kemasukan ke hospital. Ini akan dinilai pada 12 Julai dengan merujuk tinjauan data terkini.

Selain itu, PM Johnson turut mengatakan bahawa rakyat tidak akan lagi diperintahkan untuk berkerja dari rumah, walaupun masih terdapat peningkatan kes coronavirus.

Semua perniagaan yang masih ditutup, seperti kelab malam, dibenarkan untuk dibuka semula dan peraturan penjarakan sosial juga akan berakhir.

Boris Johnson turut mengulangi kenyataan beliau sebelum ini bahawa kita perlu hidup bersama Covid seperti mana kita lakukan dengan selesema, mengakui bahawa pembukaan semula ini akan menyebabkan lebih banyak kematian.

Pelonggaran sekatan di England sebelumnya dijadualkan pada 21 Jun tetapi ditangguhkan kerana varian delta yang sangat cepat tersebar di seluruh UK.

Walaupun kes jangkitan meningkat, tetapi kadar kemasukan ke hospital dan kematian tidak meningkat, yang menunjukkan bahawa vaksin coornavirus berfungsi untuk mencegah jangkitan yang teruk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat