Mata wang Eropah dijangka didagangkan berisiko pada minggu ini di samping tekanan oleh jangkaan pengukuhan US dolar selepas hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) melonjak pada minggu lalu.
Namun, penurunan semula hasil bon AS pada awal minggu dijangka akan membantutkan sementara pergerakan US dolar dan pelabur menantikan ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada sesi New York malam ini.
Pound Sterling dijangka berisiko walaupun UK masih meneruskan agihan vaksin. Hal ini kerana Perdana Menteri UK Boris Johnson bercadang untuk melanjutkan sekatan pergerakan di UK sehingga Oktober.
Situasi yang dilihat akan memperlahankan pemulihan ekonomi itu akan menambahkan tekanan buat dagangan Pound Sterling.
Pada minggu ini juga turut sarat dengan data ekonomi UK yang akan mempengaruhi pergerakan Pound seperti laporan data pekerjaan dan data jualan runcit.
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga masih gagal tembusi paras rintangan 1.4000 selepas diuji sekali lagi pada minggu lalu.
Penghujung minggu menyaksikan harga turun semula ke paras sokongan 1.38300 pada zon tumpuan harga. Pergerakan di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga turut memberi isyarat untuk harga menyambung trend penurunan.
Memulakan dagangan di awal minggu ini, harga masih berlegar perlahan di zon 1.38300 dengan jangkaan penurunan lebih rendah akan berlaku.
Zon support pada 1.37000 akan kembali menjadi destinasi tumpuan harga untuk penurunan yang diteruskan.
Sekiranya Pound berjaya didagangkan mengukuh semula dalam pasaran, harga boleh membuat kenaikan semula namun paras rintangan 1.40000 bakal diuji sekali lagi.
Kenaikan yang lebih tinggi untuk perubahan trend bullish akan mensasarkan paras-paras tumpuan sebelum ini seperti 1.41000 dan paras rintangan 1.42000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI