Sehingga awal sesi Eropah semalam, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat membuat penurunan terendah mingguan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.36000.
Namun jangkaan pelabur untuk harga meneruskan penurunan meleset apabila harga paparkan lonjakan semula sehingga sekitar 130 pips.
Pengukuhan Pound dalam pasaran didorong oleh laporan data pekerjaan UK yang positif walaupun reaksi pasaran terhadap laporan tersebut agak lambat.
Indeks purata pendapatan 3 bulan di UJ melonjak kepada 3.6% sementara kadar tuntutan pengangguran susut sehingga ke paras 7,000 berbanding 38,100 sebelumnya. Kadar pengangguran walau bagaimanapun sedikit meningkat kepada 5.0% berbanding 4.9%, namun tidak melepasi jangkaan peningkatan 5.1%.
Dengan dagangan US dolar yang turut susut menjelang mesyuarat FOMC, harga pada carta GBP/USD kembali melonjak semula di atas paras 1.37000 dan turut melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Harga mencapai kenaikan sehingga ke paras ketinggian 1.37400 iaitu paras rintangan pada minggu lalu. Pergerakan harga yang bersambung pada sesi Asia hari ini (Rabu) perlahan di sekitar paras tersebut.
Jika harga menyambung kenaikan pada sesi berikutnya, sasaran kenaikan lebih tinggi berkemungkinan dilihat pada 1.38300 untuk harga mencatatkan paras tertinggi yang terbaru sejak April 2018.
Namun jika harga mengalami penurunan semula di bawah paras 1.37000, zon RBS 1.36000 akan kembali menjadi tumpuan.
Penurunan lebih rendah akan menuju pula ke zon RBS 1.35300 atau paras tumpuan 1.35000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI