Penyusutan US dolar yang berterusan sehingga penghujung minggu telah memberi ruang untuk Pound Sterling mengukuh sehingga mempamerkan lonjakan ke paras tertinggi yang baru pada carta harga pasangan GBP/USD.
Setelah pengukuhan Pound Sterling disokong oleh kenaikan kadar inflasi di UK pada data yang diterbitkan Rabu lalu, tumpuan akan terarah pula pada data jualan runcit UK serta data PMI pembuatan dan perkhidmatan yang akan diterbitkan pada sesi Eropah hari ini.
Berdasarkan pergerakan harga, trend masih kekal bullish selepas harga melonjak melepasi zon rintangan 1.37000 dan mencatatkan paras tertinggi terbaru sejak April 2018 di paras 1.37400.
Namun pergerakan harga dilihat lebih mendatar dan perlahan semula susut sedikit dan masih bergerak di atas paras 1.37000.
Paras 1.37000 akan menjadi paras sokongan harga atau zon RBS (resistance become support) terbaru sebelum kenaikan lebih tinggi dijangkakan pada sesi berikutnya.
Kenaikan harga mampu mencapai sehingga ke paras ketinggian 1.38000 sekiranya US dolar kekal bergerak lemah dalam pasaran.
Sebaliknya jika harga menjunam semula di bawah paras 1.37000, paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam akan diuji sebelum penurunan lebih rendah akan memberi isyarat perubahan trend bearish semula.
Seterusnya penurunan harga dijangka menuju zon RBS (resistance become support) 1.36000 sebelum kejatuhan lebih rendah harga ke paras 1.35000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI