Carta harga pada pasangan mata wang GBP/USD telah menampilkan corak kenaikan semula harga berbanding penurunan pada pembukaan pasaran awal minggu.
Penganalisis melihat carta harga utama dipacu oleh penyusutan nilai US dolar yang didorong komen Janet Yellen sebagai calon Setiausaha Perbendaharaan AS berkenaan pakej bantuan Covid-19.
Beliau yang menggesa bantuan lebih besar oleh penggubal undang-undang telah meredakan sentimen berisiko pasaran sekaligus memberi kesan yang lemah buat US dolar.
Manakala, Pound Sterling walaupun masih dilihat berisiko, tetap menunjukkan pengukuhan yang disokong oleh Ketua Ekonomi bank pusat England yang meramalkan ekonomi Britain akan mula pulih pada separuh masa kedua tahun ini.
Kenaikan harga pada carta GBP/USD tidak begitu ketara namun telah memberikan corak kenaikan yang jelas selepas melepasi zon SBR (support become resistance) 1.36000.
Harga pada dagangan Selasa semalam yang melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga turut memberi isyarat perubahan trend bullish.
Kenaikan harga selanjutnya dijangka menuju semula ke paras ketinggian 1.37000 untuk menguji zon resistance yang gagal ditembusi minggu lalu.
Mampukah harga elepasi paras ketinggian tersebut untuk merekodkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan April 2018?
Namun jika harga menjunam semula, zon tumpuan 1.36000 akan diuji kembali sebelum penurunan lebih rendah harga akan menuju ke zon sokongan 1.35300 dan juga paras tumpuan 1.35000.
Pelabur akan memantau data inflasi UK yang akan diterbitkan di awal sesi Eropah hari ini yang bakal mempengaruhi dagangan Pound.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI