Grayscale telah memiliki lebih 3 juta ETH dalam aset di bawah pengurusan (AUM), menjadikan nilai kumulatif ETH tersebut mencecah lebih $10 bilion.
Secara tidak langsung, Grayscale menjadi salah satu pemilik terbesar Ethereum dalam sektor kripto.
Pada Februari, firma pengurusan aset ini dilaporkan telah menambah hampir 20,000 ETH ke dalam portfolionya.
Kemudian di dalam pemfailan terbaru mendedahkan firma itu menambah lagi pegangan kriptonya dan menyaksikan peningkatan jumlah keseluruhan AUM meningkat daripada $33 bilion kepada $41.4 bilion.
Sebagai rekod, Grayscale juga memiliki BTC bernilai hampir $30 bilion, termasuk lebih $700 juta ETC dan lebih $300 juta LTC di dalam portfolionya.
Dengan saiz semasa AUMnya, Grayscale kini menjadi pengurus aset kripto terbesar di dunia.
Grayscale menawarkan peluang kepada pelaburnya untuk melabur di dalam Bitcoin melalui pasaran saham.
Tidak hanya terhad kepada Bitcoin (BTC), firma ini ada juga menawarkan pelbagai jenis aset kripto lain termasuk: Ethereum, Litecoin (LTC), Ethereum Classic (ETC), dan lain-lain.