Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tempoh hari ada melaporkan hampir 80% bank pusat seluruh dunia dikategorikan sebagai tidak dibenarkan untuk menerbitkan matawang digital, dan memiliki rangka perundangan yang masih tidak jelas.
Manakala, 23% bank pusat seluruh dunia dibenarkan untuk mengeluarkan matawang digital.
Menerusi tinjauan yang dijalankan di akaun Twitter rasmi IMF pada 14 Januari, seramai 79.9% respondan bersetuju matawang digital merupakan wang sebenar, sama seperti fiat.
Bagaimanapun, tidak semudah itu matawang boleh diiktiraf sebagai matawang sebenar.
Para pengkaji IMF menekankan beberapa syarat sah untuk dikenali sebagai matawang; pembayaran mestilah diluluskan oleh undang-undang negara dan dinyatakan dalam unit monetari rasmi.
Termasuk juga memiliki status tender yang sah di mana sesuatu pembayaran itu mudah diterima dan digunakan oleh majoriti populasi.
Penerbitan matawang digital juga perlu diberi perhatian dalam beberapa perkara termasuk undang-undang cukai, hartanah, kontrak dan insolvensi, sistem pembayaran, privasi dan perlindungan data, penggubahan wang serta pembiayaan keganasan.