Harga minyak mentah terus menokok pada hari Selasa ketika prospek terhadap permintaan bahan bakar yang kuat dan peningkatan kadar vaksinasi membantu mengimbangi kebimbangan terhadap lonjakan kes Covid-19 di seluruh dunia.
Memasuki sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan meningkat pada $74 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula menokok di sekitar harga $72.12 setong.
Peningkatan kes Covid-19 akibat penyebaran wabak varian virus Delta, telah mendorong AS untuk mengeluarkan amaran perjalanan ke Sepanyol dan Portugal dan mengatakan sekatan perjalanan tidak akan dilonggarkan bagi mengekang penularan jangkitan.
Australia juga turut mencatatkan peningkatan berterusan, terutamanya di negeri yang mempunyai populasi paling tinggi di negara itu, New South Wales. Namun, terdapat laporan bahawa langkah sekatan di Victoria akan dilonggarkan setelah menyaksikan penurunan di negeri itu.
Bagaimanapun, harga minyak kekal stabil ketika UK terus mencatatkan penurunan kes Covid-19 untuk hari keenam berturut-turut, menandakan bahawa lonjakan kes terbaru di negara ini telah mencapai puncaknya.
Berikutan kemajuan dalam vaksinasi di seluruh dunia walaupun di tengah peningkatan kes coronavirus, membuatkan pelabur tetap berpegang kepada prospek terhadap permintaan bahan bakar global yang akan terus kukuh.