Harga minyak mentah memperpanjangkan pengukuhan dengan meningkat ke paras tertinggi 13 bulan, disokong oleh optimisme pasaran terhadap pemulihan permintaan bahan bakar global.
Niaga hadapan minyak metah Brent melonjak ke paras harga pra-pandemik pada 61.13 setong selepas mencatatkan kenaikan 0.70% pada sesi Asia hari ini.
Sementara penanda aras minyak mentah WTI Amerika Syarikat meningkat lebih tinggi pada $58.47 dengan peningkatan 0.86%.
Kedua-dua penanda aras kini berada pada tahap tertinggi sejak Januari 2020.
Pengurangan tambahan pengeluaran oleh pengeluar utama, Arab Saudi pada bulan Februari dan Mac, di samping pemotongan oleh anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya, OPEC+, telah membantu mengimbangi pasaran minyak mentah dunia.
Pelabur juga menaruh harapan terhadap pemulihan permintaan minyak ketika angka kes jangkitan coronavirus telah menunjukkan penurunan di banyak negara, terutamanya di Eropah.
Prospek terhadap pemulihan juga meningkat susulan optimisme pasaran terhadap pelancaran vaksin Covid-19.
Kenaikan harga minyak turut didukung oleh dagangan dolar greenback yang lemah, menjadikan komoditi itu lebih murah.