Kerisauan terhadap perkembangan inflasi dan jangkaan tindakan bakal di ambil oleh Rizab Persekutuan telah menjadi semakin membimbangkan. Ramai dalam kalangan para pakar dan penganalisis tampil untuk memberi pencerahan agar pemain pasaran dapat membuat persediaan.
JPMorgan yang merupakan pemain pasaran utama juga turut memberi pencerahan. Dalam laporan terkini, JPMorgan (NYSE:JPM) mengeluarkan jangkaan bahawa bank pusat akan menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25% pada suku ketiga tahun hadapan dan akan terus meningkatkannya sebanyak 25 mata asas setiap suku.
Hasil pelarasan inflasi sepuluh tahun atau “hasil sebenar” berada pada negatif 1.12% berdasarkan dapatan pada hari Khamis. Ramalan bank JP Morgan untuk kenaikan kadar Fed yang pertama dilihat adalah sedikit lebih konservatif berbanding beberapa bank besar yang lain seperti Deutsche Bank (DE:DBKGn), yang menjangkakan kenaikan AS pertama seawal Julai 2022. Begitu juga jangkaan kebanyakkan pemain pasaran.
Pakar ekonomi JPMorgan menjangkakan pertumbuhan ekonomi A.S. pada purata 3.5% pada 2022, berbanding 5.5% pada 2021, dan guna tenaga penuh akan dicapai menjelang pertengahan 2022.
Inflasi juga dijangka perlahan pada suku akan datang, dengan harga teras diunjurkan kepada purata 2.2% menjelang suku ketiga 2022 berbanding 4.2% pada suku keempat 2021.
Akhir sekali mereka menyatakan bahawa kekangan bekalan dalam sektor kelihatan semakin berkurangan dan dijangkakan akan terus berkurangan pada tahun 2022.