Dolar greenback kembali meningkat dari paras terendah tujuh minggu setelah hasil perbendaharaan 10 tahun melonjak setinggi 1.6% berikutan tawaran yang lebih lemah daripada dijangkakan dalam lelongan bon AS.
Kenaikan hasil bon jangka panjang telah menunjukkan peningkatan sejak awal tahun ini, menunjukkan keyakinan pasaran yang semakin meningkat terhadap pemulihan ekonomi.
Bon 7 tahun yang bernilai $62 bilion pada 1.19% berbanding 1.14% dilelong pada sesi New York, telah mendorong lonjakan hasil bon 10 tahun ke 1.6%, iaitu tahap yang terakhir pernah dilihat sebelum wabak itu melanda AS.
Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama lain, meningkat 0.15% dengan didagangkan kukuh pada 90.36 ketika pembukaan sesi Asia hari ini
Peningkatan dolar AS menyebabkan matawang berkaitan komoditi, terutama dolar Aussie, kiwi dan Kanada, kembali susut dari paras ketinggian terbaru tiga tahun yang dicapainya pada hari Khamis.
Matawang pound juga susut rendah, namun kekal didagangkan stabil kerana masih disokong oleh optimisme pasaran terhadap pemulihan ekonomi UK yang meyakinkan susulan pelaksanaan program vaksinasi yang meluas.
Sementara itu, matawang euro yang mempamerkan kenaikan lebih tinggi sebelum ini, kembali jatuh di bawah paras harga 1.22000.
Data yang diterbitkan pada hari Khamis, menyaksikan anggaran awal dalam ekonomi AS mencatatkan pertumbuhan lebih perlahan daripada dijangkakan pada suku terakhir 2020.
Sementara tuntutan pengangguran AS dilihat semakin berkurang pada minggu lalu, berbanding bacaan yang dicatatkan minggu sebelumnya.