Greenback dibuka tinggi pada pembukaan dagangan awal minggu dengan mencatatkan kenaikan 0.2% berbanding kebanyakan matawang utama menjadikan indeks dolar meningkat pada 91.73.
Bagaimanapun, raja matawang itu kekal didagangkan di tahap terendah 1 bulan dengan hasil perbendaharaan AS 10 tahun terus rendah di sekitar paras 1.56%.
Di tengah-tengah sesi perdagangan Asia yang sunyi berikutan kekurangan pemangkin utama, terdapat laporan mengenai Presiden AS Joe Biden akan menurunkan sasaran kenaikan cukai untuk mendapatkan persetujuan bipartisan dalam rancangan perbelanjaan infrastruktur beliau.
Walaupun menaikkan kadar dari 21% menjadi 25% akan meningkatkan sekitar $600 bilion selama 15 tahun, tetapi ia akan menyebabkan Presiden Biden tidak dapat membayar pakej infrastruktur 8 tahun bernilai $2.25 trilion yang dicadangkan sebelum ini.
Jika ini benar, maka Biden perlu mencari jalan lain untuk membiayai pakej rangsangan tersebut atau berkemungkinan akan mengurangkan jumlahnya. Sebelum ini, Biden bercadang untuk menaikkan cukai kepada 28%.
Meskipun White House tidak secara terbuka mundur dari cadangan 28% yang dicadangkan oleh presiden, tetapi ia menunjukkan ia bersedia mencari kompromi untuk membayar rancangan perbelanjaannya.