Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Rekod terbaru daripada firma analitik, CoinShares membuktikan para pelabur institusi semakin tidak yakin dengan prestasi Bitcoin (BTC).
Rekod aliran keluar produk pelaburan BTC dilaporkan meningkat kepada sebanyak $141 juta pada minggu lalu.
Pada masa yang sama, jumlah perdagangan bagi produk BTC turut susut mendadak, 62% pada minggu pertama Jun berbanding rekod purata mingguan pada Mei.
Bagaimanapun, CoinShares menekankan bahawa rekod aliran keluar tersebut mewakili kurang 1/10 daripada aliran masuk bagi 2021.
Produk pelaburan BTC menyaksikan aliran masuk lebih $4.2 bilion sejak awal 2021. Ini bermakna, Bitcoin mewakili 65.9% daripada keseluruhan dana yang terkunci dalam produk pelaburan kripto.
Manakala Ethereum menerima aliran masuk berjumlah $33 juta sejak minggu lalu, menunjukkan minat yang tinggi dalam kalangan pelabur institusi. Direkod Ether mewakili lebih 26.8% daripada keseluruhan aset bawah pengurusan (AUM) terkunci dalam produk pelaburan kripto.
Selain Ethereum, pelabur juga turut menyasarkan produk pelaburan Ripple (XRP) dan Cardano (ADA).
XRP misalnya menyaksikan aliran masuk berjumlah $7 juta, satu rekod tertinggi sejak April. Manakala ADA mencatatkan aliran masuk sebanyak $4.5 juta.




























































