Situasi pengukuhan semula US dolar dalam pasaran di awal pagi Khamis selepas laporan minit mesyuarat FOMC diterbitkan turut menyaksikan penurunan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD.
Pound Sterling yang memaparkan prestasi baik sejak awal minggu dilihat gagal membendung pengukuhan US dolar sebelum harga ditekan lebih rendah semula.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-eur-gbp-tewas-205-11am
Jangkaan untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi meleset selepas harga gagal melepasi zon rintangan pada 1.42000.
Penurunan harga di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga semula turut memberi isyarat awal untuk perubahan trend bakal berlaku pada carta GBP/USD.
Seperti dikongsikan pada analisis sebelum ini, penurunan harga kembali semula ke paras tumpuan 1.41000 di penghujung sesi New York dan harga mendatar di atas paras tersebut pada sesi Asia pagi Khamis.
Penurunan lebih rendah yang diteruskan dilihat akan kembali menguji paras penting 1.40000 pada zon RBS (resistance become support) yang bakal menentukan arah pergerakan harga selanjutnya.
Jika pengukuhan US dolar hanya bersifat sementara dan kenaikan harga kembali diteruskan, zon resistance 1.42000 akan kembali dicabar oleh harga.
Melepasi zon tersebut harga mendorong kenaikan lebih tinggi harga dengan jangkaan untuk menuju paras 1.43000 sekaligus mencatatkan paras tertinggi terbaru sejak April 2018.
Pelabur akan berwaspada menjelang data ekonomi sektor pembuatan dan perkhidmatan di UK dan juga AS yang bakal mempengaruhi pergerakan mata wang Pound dan US dolar.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI