Harga Bitcoin sejak petang tadi telah menujukkan kejatuhan yang besar setelah beberapa hari mencatat paras harga yang hampir kepada tahap tertinggi sepanjang masa (ATH).
Semasa penulisan, pasaran kripto telah kehilangan berbilion dolar dalam pergerakan pasaran yang tidak menentu. Harga Bitcoin telah jatuh sebanyak $5,000 dengan seunit BTC didagangkan pada harga dagangan $59,000.
Sebelum ini harga BTC berjaya didagangkan pada paras $66,974.77 selepas beberapa bulan berada pada paras dagangan $30,000, Penurunan harga Bitcoin pada hari ini telah mendorong kejatuhan harga kripto lain termasuk Ethereum, Binance Coin, Cardano, Solana dan Ripple.
Segelintir penganalisis berpendapat ini hanyalah pembetulan harga kerana para pelabur yang telah memegang aset kripto mereka mula mengambil keuntungan. Disisi lain ada yang berpendapat bahawa demam ETF Bitcoin semakin reda. Menurut Noelle Acheson, ketua penganalisis pasaran berpandangan bahawa terdapat banyak permintaan sebelum pelancaran ETF. Justeru tidak hairan selepas beberapa hari, permintaan terhadap BTC mulai mereda. Hal ini pernah terjadi semasa CME melancarkan BTC future pada 2017 dan Coinbase disenaraikan di Nasdaq pada April lepas.
Turut mengikuti kejatuhan adalah kripto XRP yang didagangkan pada paras harga $1.02 semasa penulisan. Ripple tidak menunjukkan peningkatan yang ketara baru-baru ini yang terpalit dengan isu SEC. Paras harga $1.0586 menjadi tumpuan pasara dimana yang merupakan paras sokongan dengan indikasi 50 hari SMA.
Pelabur kripto kini memberi tumpuan pada paras harga $58,000 bagi BTC yang menjadi paras sokongan awal.