Kejatuhan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD berjaya dibendung semalam apabila harga dilonjak naik semula ekoran penyusutan US dolar dalam pasaran yang memberi reaksi terhadap terbitan data inflasi AS.
Sebelum ini paras 1.41000 dilihat sebagai paras sokongan buat harga selepas berjaya menyokong kenaikan semula harga ketika penurunan untuk 2 minggu berturut-turut sebelum ini.
Situasi sama berlaku semalam apabila penurunan harga pada awalnya telah kembali menyokong semula harga dari zon support 1.41000 tersebut.
Penurunan harga pada awalnya didorong oleh ketidaktentuan isu Brexit yang kembali melanda UK dengan perbincangan antara Menteri Brexit UK David Frost bersama Timbalan Presiden Suruhanjaya Eropah, Maros Sefcovic gagal menemui kata persetujuan.
Dalam masa yang sama, dagangan Pound turut ditekankan oleh perkembangan ekonomi di UK yang bakal berdepan penangguhan tarikh pembukaan ekonomi sepenuhnya yang dijadualkan pada 21 Jun, dengan kadar kes jangkitan Covid-19 yang meningkat.
Susulan penyusutan US dolar pada sesi New York selepas data inflasi diterbitkan, harga telah melonjak semula pada carta GBP/USD meningkat melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Namun, jika diperhatikan sudah 4 minggu harga bergerak dalam zon consolidation di antara paras halangan 1.42000 dan paras sokongan 1.41000.
Kenaikan harga sehingga penghujung minggu ini masih berada di bawah paras rintangan 1.42000 dan harga perlu menembusi zon tersebut jika ingin memberikan isyarat lebih jelas kenaikan harga.
Jangkaan kenaikan lebih tinggi adalah menuju ke paras sekitar 1.43000 yang merupakan rintangan ketika dagangan April 2018 yang lalu.
Jika penurunan harga kembali berlaku dan zon 1.41000 telah gagal menyokong kenaikan semula, harga bakal menuju ke paras sokongan lebih rendah sekitar paras 1.40000 yang berada pada zon RBS (resistance become support).
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI