US dolar kekal susut didagangkan sejak awal minggu berbanding beberapa mata wang utama yang lain dalam pasaran dengan pelabur semakin optimis terhadap pemulihan ekonomi global yang meningkatkan permintaan terhadap aset-aset berisiko berpulangan tinggi.
Menjadi tumpuan pelabur semalam, Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell menyatakan bahawa bank pusat tidak akan meningkatkan kadar faedah semasa.
Mata wang Euro walau bagaimanapun gagal mengekalkan pengukuhan dengan penyusutan US dolar apabila pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD tersekat di paras rintangan 1.21800.
Zon resistance 1.21800-1.21500 turut diuji pada minggu lalu namun gagal ditembusi sebelum harga membuat penurunan semula.
Data inflasi Eropah yang diterbitkan dengan angka yang tidak berubah berbanding bacaan awal sebelum ini mengekang momentum pengukuhan harga.
Namun, penurunan harga pada carta EUR/USD tidak begitu ketara, sebaliknya mendatar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang masih memberikan petunjuk trend bullish.
Kenaikan lebih tinggi pada dagangan yang menuju ke penghujung minggu dijangka akan melepasi zon resistance semasa sebelum menuju ke paras tumpuan lebih tinggi sekitar 1.22500.
Sebaliknya jika harga turun lebih rendah di bawah paras sokongan MA50 selepas gagal menembusi zon resistance untuk 2 minggu berturut-turut, harga bakal kembali semula susut ke zon 1.20900-1.20550 dengan jangkaan perubahan trend bearish.
Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju pula ke paras tumpuan 1.20000 sebelum menguji semula paras support bulanan pada 1.19500.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI