Dagangan minyak mentah didagangkan bercampur-campur pada sesi Asia, ketika para pelabur menantikan ucapan perasmian Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang akan mengambil alih White House secara rasmi pada hari Rabu.
Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 0.4% pada $55 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula menyusut pada $52.34 setong.
Para pelabur optimis terhadap permintaan di China iaitu pengimport minyak mentah terbesar di dunia, setelah data yang dikeluarkan pada hari Isnin menunjukkan pengeluaran kilang meningkat 3% ke rekod baru pada tahun 2020.
China juga merupakan satu-satunya ekonomi utama di dunia yang dapat mengelakkan penguncupan pada tahun lalu ketika banyak negara bergelut untuk memerangi krisis pandemik Covid-19.
Namun, pada masa yang sama, pasaran juga dibebankan oleh kebimbangan baru mengenai permintaan selepas China mengetatkan lagi sekatan di negara itu susulan lonjakan kes Covid-19 sehingga menyebabkan 3 juta penduduk perlu menjalani perintah berkurung.
Sementara itu, penjualan bahan bakar di India, pengimport minyak mentah ketiga terbesar di dunia pada tahun 2020, juga menimbulkan kekhuatiran pasaran.