Laporan Coin Metrics mendedahkan kos transaksi (gas) di rangkaian Ethereum (ETH) rata-ratanya bernilai lebih $10 pada 2021, berbeza pada 2017 dan 2018 di mana bernilai cuma $5.70.
Lonjakan harga gas sebahagiannya didorong oleh harga ETH yang tinggi.
Sebagai rekod, sejak bermulanya 2021, ETH telah melonjak 125% kepada harga semasa penulisan, $1,702 walapun berlaku pembetulan sebanyak 19% selepas mencatat rekod tertinggi sepanjang masa (ATH), $2,207 pada 20 Februari. Sejajar dengan itu, harga gas juga melonjak sebanyak 532%.
Ketika ini, transaksi Ethereum sedang dilelong, membawa maksud pengguna yang membayar harga gas pada nilai yang tinggi menjadi keutamaan pelombong berbanding mereka yang membayar pada harga rendah.
Kuantiti blok yang penuh juga menyebabkan harga gas meningkat. Misalnya, sejak pertengahan 2020 dan bermulanya era DeFi, blok telah mencapai kapasiti 95%. Manakala bagi Mac 2021, kepenuhan bagi setiap blok setiap mencapai kadar 97%-98%.
Kadar kepenuhan blok atau block fullness merujuk kepada setiap satu blok yang dihasilkan memiliki jumlah transaksi yang terhad kerana saiz blok. Semakin penuh satu blok, semakin tinggi kosnya.
Susulan daripada itu, Coin Metrics merumuskan EIP-1559 atau dikenali sebagai Ethereum Improvement Proposal 1559 yang direka dengan tujuan untuk mengubah mekanisme lelongan dan membakar beberapa kos, tidak akan menyelesaikan masalah kos gas yang tinggi.
Hanya penyelesaian skala yang menjadi jawapan kepada isu itu untuk jangka masa panjang.
Menurut Coin Metrics lagi: “Jika Ethereum hanya mampu proses beberapa ratus transaksi bagi setiap blok, harga gas akan tetap meningkat selagi mana penggunaan DApp meningkat. Harga gas akan meningkat selagi mana ada persaingan tinggi untuk ruang blok.”