Harga minyak mentah mencapai paras tertinggi beberapa bulan selepas jangkaan OPEC serta rakan sekutu pengeluar akan terus mengekalkan tahap pengeluaran semasa untuk Februari didesak oleh krisis pandemik yang mempengaruhi permintaan.
Harga minyak Brent mencapai paras $53.17 setong, paras harga tertinggi sejak Mac 2020. Manakala minyak WTI pula capai paras $49.71 setong, tertinggi sejak Februari 2020.
Setiausaha Agung OPEC, Mohammad Barkindo pada Ahad menyatakan sementara permintaan minyak mentah dijangka meningkat 5.9 juta tong sehari kepada 95.9 juta tahun ini, OPEC melihat banyak cabaran yang akan memberi tekanan terhadap permintaan untuk separuh tahun pertama 2021.
Harga akhir pada 2020 di sekitar 20% lebih rendah berbanding harga purata 2019, masih dalam pemulihan selepas impak penutupan ekonomi global, walaupun negara-negara pengeluar terbesar dunia bersetuju untuk memotong kadar pengeluaran.
OPEC dan rakan pengeluar termasuk Rusia, OPEC+ memutuskan pada bulan lalu untuk meningkatkan pengeluaran kepada 500,000 tong sehari pada Januari memenuhi kadar permintaan, dan bersetuju untuk bermesyuarat setiap bulan untuk menilai faktor pengeluaran.