Individu terkaya dunia, Elon Musk telah meminta orang ramai menggunakan aplikasi permesejan, Signal bagi menggantikan WhatsApp dan Facebook ekoran daripada pembaharuan dasar privasi baru-baru ini.
Pengumuman tersebut dimuatnaik oleh CEO Tesla itu di laman Twitter, “Gunakan Signal,” menyebabkan permintaan terhadap aplikasi permesejan Signal dan Telegram meningkat mendadak.
Use Signal
— Elon Musk (@elonmusk) January 7, 2021
Terdahulu, Whatsapp telah memperkenalkan dasar privasi baru di mana memaksa sekitar dua billion penggunanya membenarkan pihaknya berkongsi lebih banyak maklumat peribadi termasuk alamat IP dan nombor telefon dengan syarikat induk, Facebook.
Sehubungan dengan itu, lebih 100,000 pengguna dilihat memuat turun aplikasi Signal tersebut menerusi App Stores (pengguna iOS) dan Google Play Store (pengguna Android), dan Telegram menyaksikan sebanyak peningkatan 2.2 juta muat turun dalam masa dua hari sahaja.
Aplikasi Signal dibangunkan pada 2014 oleh bekas pengasas WhatsApp, Brien Acton bersama pakar keselamatan siber dan cryptographer, Moxie Marlinspike.
Pemasangan aplikasi Whatsapp bagi rekod awal 2021, susut sebanyak 11% dalam masa 7 hari. Namun, aplikasi tersebut masih bertahan dengan 10.5 juta muat turun seluruh dunia.
Lebih melucukan apabila tweet Musk telah mengundang kekeliruan dalam kalangan pelabur, menyebab harga saham pengeluar peranti pengesanan, Signal Advance pula meningkat 1100% daripada 60 sen kepada $7.19!
Bagaimanapun, akaun rasmi aplikasi Signal memuatnaik satu tweet menjelaskan, bahawa mereka adalah pertubuhan non-profit yang telah menerima kelulusan oleh Internal Revenue Service sebagai organisasi amal yang bebas cukai.