Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada penghujung minggu lalu mendatar di bawah paras 1.21800 selepas harga masih gagal melonjak keluar dari zon rintangan tersebut.
Pelabur mula menilai perubahan pada sentimen pasaran apabila pentadbiran awal Presiden Joe Biden masih goyah berdepan krisis pandemik yang semakin kritikal.
Pasaran saham AS yang merosot turut menambahkan risiko dagangan sekaligus memberi kelebihan semula terhadap mata wang safe-haven US dolar.
Justeru, kenaikan harga pada carta EUR/USD terbantut setelah pengukuhan semula US dolar memberi tekanan untuk harga bergerak rendah semula.
Selain itu juga, mata wang Euro turut berdepan risiko dalam pasaran berikutan tekanan ekonomi Eropah dibelenggu oleh kesan penularan Coronavirus yang semakin melumpuhkan aktiviti ekonomi berdasarkan bacaan data yang menurun.
Hal ini akan mendorong langkah sekatan pergerakan akan terus dipertingkatkan dan akan semakin memperlahankan pertumbuhan ekonomi dalam usaha untuk membendung jangkitan virus.
Namun harga pada carta EUR/USD dilihat masih berada dalam trend bullish dengan pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Harga yang mendatar pada zon RBS (resistance become support) 1.21500-1.21800 akan menentukan pergerakan selanjutnya harga.
Jika harga berjaya melonjak lebih tinggi, trend kenaikan akan diteruskan menuju ke zon SBR (support become resistance) 1.22200 sebelum kenaikan lebih tinggi ke paras 1.22500.
Sebaliknya jika harga menjunam di bawah paras 1.21500 dan juga paras sokongan MA50, isyarat awal untuk perubahan trend untuk pelabur menjangkakan penurunan lebih rendah harga menuju zon support di bawah paras 1.21000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI