Pound Sterling turut mengalami penyusutan nilai pada penghujung minggu lalu berbanding US dolar ekoran pengukuhan yang dipaparkan oleh US dolar susulan sentimen pasaran yang berisiko.
Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga membuat kenaikan ke paras 1.42000 merekodkan paras tertinggi terbaru sejak April 2018.
Namun, paras tersebut menjadi rintangan terbaru buat harga sebelum harga menjunam semula di bawah paras 1.4000.
Penurunan harga pada Jumaat lalu menuju semula ke zon RBS (resistance become support) pada paras terendah mingguan dicecah sekitar 1.38900.
Pembukaan pasaran pada minggu ini menyaksikan harga mempamerkan kenaikan pada awal sesi Asia menguji semula paras rintangan pada 1.40000.
Kenaikan bagi nilai Pound akan disokong oleh sentimen bantuan ekonomi tambahan yang dijangka akan diumumkan oleh Menteri Kewangan UK Rishi Sunak dengan nilai £5 bilion pada minggu ini.
Kenaikan harga yang berjaya diteruskan akan menguji pula zon SBR (support become resistance) pada 1.41000 sebelum menuju kembali pada rintangan 1.42000 minggu lalu.
Namun, sekiranya US dolar berjaya terus mengukuh membenam Pound, harga bakal jatuh lebih rendah di bawah zon RBS 1.38300.
Penurunan selanjutnya dilihat akan menuju ke paras sokongan sekitar 1.37000 atau lebih rendah pada 1.36000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI