Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY dilihat mendatar berikutan kedua-dua mata wang Pound dan Yen dinilai berisiko oleh pelabur pada minggu ini.
Yen dijangka akan terus bergerak lemah dalam pasaran susulan keputusan mesyuarat polisi bank pusat Jepun semalam memberi petunjuk bahawa polisi longgar akan terus dikekalkan oleh Bank of Japan (BOJ).
Sementara bagi mata wang Pound pula, pelabur menantikan keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE) pada sesi Eropah hari ini pada jam 7.00 petang waktu Malaysia.
Pergerakan Pound juga dilihat terhad dengan kewaspadaan pelabur menjangkakan keputusan mesyuarat BOE bakal memberi impak besar dalam pasaran.
Carta harga GBP/JPY telah menyaksikan penurunan harga awal minggu dari paras 151.00 yang merupakan zon support harga pada dagangan minggu sebelumnya.
Penurunan telah mencecah ke zon support terbaru sekitar 149.00 yang menjadi zon penting membendung kejatuhan harga setelah diuji beberapa kali sejak Mac lalu.
Seperti minggu ini juga, harga masih bertahan di atas zon tersebut dengan kenaikan harga terhalang pada paras rintangan 150.00.
Terdapat isyarat awal untuk perubahan trend bullish selepas harga bergerak semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, namun masih awal untuk menentukan arah pergerakan selanjutnya harga sebelum keputusan mesyuarat diumumkan.
Kenaikan harga yang berjaya melepasi paras 150.00 akan memberi isyarat lebih jelas untuk pergerakan menaik harga sekiranya kenyataan bernada hawkish disampaikan oleh BOE sekaligus mencetuskan lonjakan Pound.
Kenaikan yang diteruskan dijangka untuk menguji semula rintangan 151.00 yang berada pada zon SBR (support become resistance).
Namun jika BOE mengambil keputusan untuk tidak mengikuti jejak Federal Reserve (Fed) untuk mengetatkan dasar, harga pada carta GBP/JPY bakal membuat penurunan semula menguji zon support 149.00.
Penurunan lebih rendah di bawah zon support tersebut bakal mencatatkan paras terendah terbaru untuk tempoh dagangan 7 bulan.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG