Menyedari tindakan China yang semakin meninggalkan industri kripto, Elon Musk percaya negara dengan status ekonomi kedua terbesar dunia ini sebenarnya tidak menggemari kehadiran matawang kripto.
Jelasnya lagi dalam temubual di Code Conference semalam, China dilihat dalam ketakutan dengan kemunculan matawang kripto kerana menganggap aset-aset ini mengancam kerajaan pusat:
“Saya percaya kripto diperkenalkan bagi tujuan untuk mengurangkan kuasa berpusat dan nampaknya mereka tidak menggemari idea itu.”
Pengasas Tesla itu juga mendakwa kripto terlalu bernilai sehingga sukar untuk China mengawalnya: “Apabila sesebuah kerajaan gagal untuk mengurus dan mengawal pangkalan data wang, mungkin nilainya ada di situ.”
Walaupun Musk terkenal dengan twitnya yang mampu menggoncangkan pasaran kripto, figura ini percaya bahawa setiap matawang kripto memiliki matlamat jangka panjang.
Namun, tidak bererti matawang kripto tidak akan berakhir dengan kehancuran.
Menariknya, pengasas SpaceX ini juga percaya Securities and Exchange Commission (SEC) tidak patut mengambil sebarang tindakan lanjut berkaitan dengan perundangan kripto, sama seperti yang dilakukan agensi itu terhadap stablecoin, Coinbase, dan Ripple.