Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat kembali meningkat semula selepas penurunan harga yang dipamerkan di awal sesi pembukaan pasaran minggu ini.
Mata wang Pound Sterling kekal dilihat berisiko didagangkan dalam pasaran dengan tekanan krisis pandemik yang mendesak kerajaan mengetatkan lagi langkah sekatan pergerakan di UK.
Setelah harga membuat penurunan mencecah ke paras 1.35200 di zon RBS (resistance become support), kenaikan semula dipamerkan pada sesi New York semalam.
Kenaikan harga didorong oleh penyusutan US dolar semula berikutan pelabur lebih berwaspada menantikan keterangan calon Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen kepada Jawatankuasa Kewangan Senat berhubung pakej rangsangan Covid-19.
Harga menyambung kenaikan pada sesi Asia pagi ini menguji zon SBR (support become resistance) 1.36000 selepas melepasi halangan Moving Average (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Harga memberi isyarat awal untuk perubahan trend namun pergerakan harga dilihat masih berada dalam trend bearish.
Namun jika harga meneruskan lonjakan lebih tinggi, paras rintangan pada ketinggian 1.37000 akan menjadi destinasi sasaran utama harga.
Melepasi paras tersebut akan mendorong harga mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan April 2018.
Sebaliknya jika harga gagal melepasi zon SBR 1.36000 dan menjunam semula, harga akan menyambung trend penurunan dan menguji paras sokongan pada zon RBS 1.35200 semalam.
Penurunan lebih rendah berpotensi untuk mencecah semula ke paras support sebelum ini sekitar zon 1.34000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI