Komoditi emas terus di bawah tekanan pada hari Khamis, berlegar lemah di sekitar paras terendah hampir tiga bulan, ditekan oleh matawang US dolar yang terus memaparkan pengukuhan.
Menjelang pembukaan sesi Eropah, logam berharga itu sedikit meningkat dengan diperdagangkan di sekitar $1,782 per auns (2.25 petang waktu Malaysia).
Hasil perbendaharaan AS yang sebelum ini memberi sokongan buat dagangan dolar greenback, dilihat sedikit susut pada sesi dagangan hari ini, tetapi masih tinggi di sekitar paras tertinggi hampir satu tahun yang dicapainya pada Rabu.
Bagaimanapun, US dolar masih meneruskan momentum pengukuhannya selepas data jualan runcit Amerika Syarikat yang diterbitkan malam tadi, memperlihatkan bacaan memberangsangkan sekali gus memberi sokongan buat matawang itu.
Susulan daripada penerbitan data jualan runcit AS, harapan pasaran untuk pelancaran pakej rangsangan $1.9 trilion bagi memacu pemulihan ekonomi yanglebih kuat, semakin meningkat.
Laporan minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan awal pagi tadi, gagal merangsang kenaikan harga emas lebih tinggi walaupun para penggubal dasar Federal Reserve (Fed) menunjukkan bahawa mereka tidak akan mengubah pelonggaran dalam dasar sementara.