Dunia kripto tiada yang mustahil. Misalnya, pemilikan non-fungible token (NFT) atau apa-apa ‘harta’ di dunia metaverse.
Kali ini Team Intraday gabungkan beberapa news pembelian aset termahal di metaverse, bikin kalian mindblown!
- Tanah maya di Genesis Land, Axie Infinity
- Sebuah tapak atau tanah di dunia permainan Axie Infinity telah terjual pada harga 550ETH, pada 25 November.
- Berdasarkan harga semasa seunit ETH = $4,328, menjadikan harga tanah di Genesis Land itu bernilai $2,380,400 (RM10,087,659.12).
- Jualan tersebut merupakan rekod termahal bagi sebuah tanah maya dalam dunia itu.
- Hartanah di Decentraland
- Ada individu telah membeli tapak maya di Decentraland pada harga 618,000 MANA pada 23 November.
- Harga semasa seunit MANA = $5.12, menjadikan harga tanah tersebut bernilai $3,164,160 (RM13,414,456.32).
- Sebagai rekod, nilai tanah maya ini lebih mahal berbanding kebanyakan rumah di Manhattan dan San Francisco.
- Kapal layar di The Sandbox
- Sebuah kapal layar ‘The Metaflower Super Mega Yatch’ terjual pada harga 149 ETH.
- Harga semasa seunit ETH = $4,328, menjadikan harga kenderaan laut itu bernilai $644,872 (RM2,733,934.84)
- Kapal layar maya menjadi aset NFT pertama termahal di The Sandbox yang berjaya dijual setakat ini.
- NFT Disney
- Sebuah ukiran NFT edisi terhad yang dihasilkan oleh Disney berjaya dijual pada $1,442,889 (RM6,117,127.92) pada 25 November.
- Berdasarkan rekod, Disney hasilkan ukiran digital itu sebanyak 4,333 dan dijual pada harga $333 seunit.
- Kesemua unit terjual dalam 1 saat sahaja!
Namun, koleksi di atas masih belum berjaya mengatasi rekod NFT termahal dunia setakat ini yang terjual pada $69.3 juta pada awal Mac 2021 – Everydays: The First 5000 Days.
Seni digital itu dihasilkan oleh artis Mike “Beeple” Winkelman sebelum dibida di rumah bida Christie’s.
Bagaimana pula dengan anda, sudah miliki NFT atau belum? Jika ya, berapakah nilai NFT anda ketika artikel ini selesai dibaca?
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.