US dolar kembali bergerak lemah dalam pasaran dan lebih ketara penyusutan pada sesi New York semalam menjelang kenyataan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell dalam mesyuarat FOMC awal pagi Khamis yang dijangka akan memperbaharui polisi yang lebih longgar.
Penyusutan US dolar berbanding mata wang berisiko yang lain juga turut didorong oleh harapan pemulihan pandemik susulan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meningkatkan unjuran pertumbuhan global bagi tahun 2021.
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga menunjukkan corak penurunan di awal minggu dan sehingga semalam telah mencecah ke paras sekitar 1.21100.
Namun kenaikan semula harga dipamerkan di sesi New York ke zon tumpuan sebelum ini pada 1.21500-1.21800.
Kenaikan harga yang melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga juga turut memberi petunjuk awal untuk trend menaik semula.
Pelabur akan menantikan harga menembusi paras rintangan 1.21800 untuk isyarat lebih jelas arah pergerakan harga selanjutnya.
Kenaikan lebih tinggi dilihat akan menguji pula zon SBR (support become resistance) 1.22200 yang menjadi tumpuan pada minggu-minggu sebelum ini.
Namun jika harga turun semula lebih rendah di bawah paras 1.21500 dan paras sokongan MA50, penurunan harga berkemungkinan diteruskan menyambung penurunan di awal minggu.
Zon sokongan harga dilihat pada 1.20900 sebelum harga yang terus menjunam rendah berpotensi menuju semula ke paras 1.20000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI