Ketika Ethereum (ETH) merekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaharu awal pagi tadi pada nilai $3,450, lonjakan itu turut membawa khabar gembira buat pelabur Maker (MKR), Aave (AAVE) dan Compound (COMP).
MKR
Didorong oleh beberapa faktor termasuk kemaskini mekanisme liquidation dan perkembangan senarai cagaran yang diluluskan, token ini telah menunjukkan prestasi harga yang positif sepanjang April.
Berdasarkan data DappRadar, jumlah nilai terkunci (TVL) di platform Maker telah melonjak tinggi sepanjang April dan kini berada pada nilai $11.09 bilion, menjadikan ia platform DeFi Ethereum pertama berdasarkan rekod TVL.
AAVE
Pertumbuhan ekosistem AAVE begitu ketara pada pertengahan April selepas pelancaran projek di rangkaian Polygon. Pelancaran tersebut merupakan sebahagian usaha untuk mengembangkan skala protokol ketika yang selebihnya berada di rangkaian Ethereum.
Peningkatan rekod TVL yang bermula pada 25 April sejajar dengan lonjakan harga AAVE sebanyak 55% dari paras terendah $315 kepada nilai $534 pada 3 Mei. Migrasi berpotensi untuk menarik lebih banyak pengguna baru dan tidak mustahil membawa harga token ke paras yang lebih tinggi.
COMP
Selepas mencatatkan harga $430 pada April, harga COMP terus melonjak 104% ke rekod tertinggi terbaharu, $879 pada 2 Mei.
Rupanya pergerakan positif ini didorong oleh undian pemerintahan bersiri dan kelulusan terhadap kumpulan kedua penerima geran pembangunan.
Sebelum ini, TVL di protokol Compound telah melepasi paras $11 bilion pada pertengahan April sebelum susut ekoran daripada seluruh pasaran kripto yang suram.
Ketika penulisan, dalam 24 jam masing-masing mencatatkan nilai:
- MKR: $5,477 (meningkat hampir 1%)
- AAVE: $483 (susut hampir 3%)
- COMP: $793 (susut lebih 2%)