US dolar kembali meningkat dari paras terendah lapan minggu, namun masih didagangkan di bawah tekanan ketika para pelabur berhati-hati menjelang mesyuarat polisi FOMC pada minggu ini.
Ketika penulisan, indeks dolar diniagakan meningkat di sekitar harga 90.90 berbanding sekumpulan matawang utama.
Sentimen pasaran terus meningkat berikutan prospek terhadap prospek pemulihan global yang semakin cerah, dengan menyaksikan indeks di Eropah dan Amerika Syarikat ditutup pada paras tertinggi, terutamanya saham teknologi, indeks S&P 500 dan Nasdaq.
Ini memberi peluang untuk matawang komoditi mempamerkan prestasi terbaik, terutamanya dolar New Zealand yang meningkat ke paras tertinggi hampir tujuh minggu berbanding US dolar sebelum mengurangkan sedikit keuntungannya pada sesi Asia.
Peningkatan dolar kiwi, disusuli oleh dagangan dolar Aussie dan loonie berikutan dolar greenback yang lemah dan kenaikan harga komoditi tembaga.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-aud-nzd-gah-274-10am
Tembaga, yang sering digunakan sebagai barometer pertumbuhan global, ditutup pada tahap tertinggi sejak 2011. Gabungan permintaan dan dasar China untuk menangani perubahan iklim kemungkinan telah mendorong tembaga lebih tinggi.
Sementara matawang yen Jepun pula didagangkan susut ketika pasaran menantikan mesyuarat polisi Bank of Japan (BOJ) pada hari ini yang dijangka akan mengekalkan dasar monetari semasa.