Kelemahan US dolar terus memberi dorongan untuk dagangan komoditi emas kekal kukuh di atas paras sokongan $1,800 pada sesi Eropah.
Logam kuning itu mengekalkan momentum peningkatan untuk empat hari berturut-turut sejak mengalami kejatuhan ketara pada minggu lalu.
Walau bagaimanapun, disebabkan sentimen yang bercampur-campur menghiasi pasaran, dagangan emas dilihat terbesar untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi dan menyebabkannya didagangkan di sekitar paras harga yang sama.
Pada awal sesi Eropah, spot emas didagangkan stabil pada $1,841 per auns, sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,842 per auns (2.30 petang waktu Malaysia).
Pelabur diingatkan bahawa malam ini ada satu data penting yang diterbitkan iaitu data inflasi Amerika Syarikat yang dijangka akan menunjukkan peningkatan pada bulan Januari.
Menurut penganalisis, angka inflasi AS adalah risiko utama malam ini, dan sekiranya terdapat kenaikan yang dicatatkan, ia boleh menyebabkan lonjakan jangka pendek buat US dolar dan mendorong emas lebih rendah.
Data inflasi yang lebih tinggi meningkatkan logam berharga ini tetapi juga meningkatkan hasil perbendaharaan AS, yang seterusnya memberi kesan kepada pelabur untuk membeli emas.
Selain itu, pelabur turut menantikan ucapan Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell yang dijangka akan mengulangi kenyataan beliau sebelum ini mengenai komitmen bank pusat untuk mengekalkan dasar monetari.