Pelan strategi baru bank pusat Eropah untuk meningkatkan inflasi di zon eropah gagal meyakinkan penganalisis kewangan dalam ekonomi terbesar zon Eropah iaitu Jerman. Perkara ini adalah berdasarkan tinjauan yang dilakukan pada hari Khamis.
Tinjauan ZEW mendapati bahawa ECB berhadapan cabaran untuk menambat hati para penganalisis dan pelabur terutamanya di Jerman yang merupakan salah satu negara zon Eropah ekonomi terbesar. Hal ini adalah kerana para penganalisis dan pelabur skeptikal terhadap dasar monterai mudah bank pusat.
ECB mengumumkan strategi barunya pada awal bulan Julai yang menjanjikan peningkatan dalam pertumbuhan harga dan bahkan melepasi sasaran 2% untuk beberapa waktu kerana kadar faedah sudah hampir kepada paras terendah.
ECB mengharapkan bahawa pendekatan baru ini akan menyakinkan para pelabur bahawa mereka serius untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Namun tinjaun ZEW menunjukkan bahawa sebahagian kecil daripada 147 penganalisis di bank Jerman, syarikat insuran dan pemain industri besar suarakan rasa tidak yakin. Kira-kira 46% peserta mengatakan strategi baru ECB tidak memberi kesan terhadap jangkaan inflasi mereka dan 5% bahkan mengurangkan ramalan mereka setelah pengumuman tersebut.
Sebaliknya, 49% responden mengatakan strategi baru ECB mempunyai kesan “positif” atau “sangat positif” pada unjuran mereka. Penganalisis Reuters meramalkan inflasi zon Eropah pada kadar 1.9% tahun ini, 1.4% pada tahun berikutnya dan 1.5% pada tahun 2023.