Jika semalam pergerakan Bitcoin (BTC) mengujakan pelabur kripto, berbeza pula pada hari ini raja kripto dilihat sedikit melemah, susut lebih 2.3% dari paras tertinggi harian, $57,676 pada 12 Oktober.
Penganalisis melihat perkembangan harga Bitcoin (BTC) didorong oleh keputusan Securities and Exchange Commission (SEC) untuk meluluskan ETF BTC pada minggu hadapan setelah penangguhan yang berkali-kali.
Namun, pembetulan harga Bitcoin pada hari ini turut memberi kesan kepada harga altcoins.
Dogecoin (DOGE)
- Pada minggu lepas, aset ini paparkan pergerakan yang positif.
- Awal pagi tadi, DOGE susut hampir 4% dalam 24 jam, dan 7.6% dalam tempoh seminggu.
- Bagaimanapun, ia kembali bangkit hampir 2% dengan nilai dagangan semasa artikel ini ditulis, $0.2289.
- Bagi rekod seminggu, DOGE masih dalam downtrend dengan penyusutan hampir 10%.
Solana (SOL)
- SOL agak struggle untuk bangkit menyentuh paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang direkod pada 9 September.
- Dalam rekod 7 hari, SOL susut 9%, menyentuh paras terendah harian, $148.50.
- Ketika penulisan, SOL masih uptrend dengan lonjakan lebih 3.2% dengan nilai dagangan $149.43 dalam 24 jam.
- Bagaimanapun, ia memerlukan peningkatan sekurang-kurangnya leboh 30.8% untuk kembali ke paras ATH, $214.96.
Aset lain yang memaparkan penyusutan mendadak dalam seminggu termasuk: Terra (LUNA) -10.26%, Avalanche (AVAX) -10.70%, Chainlink (LINK) -5.87%, Algorand (ALGO) -7.05%, dan Internet Computer (ICP) -17.80%.