Peningkatan permintaan terhadap Dogecoin (DOGE) baru-baru ini telah melahirkan ramai jutawan kripto dalam kalangan pelaburnya. Terbaru, pengarah eksekutif Goldman Sachs yang berpusaat di London juga merupakan salah seorang yang mendapat durian runtuh dengan pelaburan DOGE.
Berdasarkan laporan dari eFinancialCareers, Aziz McMahon, pengarah urusan dan ketua penjualan pasaran baru di Goldman Sachs, London mengumumkan untuk bersara dari jawatan dan syarikat itu setelah berjaya mengaut berjuta-juta dolar hasil pelaburan DOGE.
Syarikat Goldman Sachs, London telah mengesahkan berita tersebut melalui penerbitan mereka. Selain itu, terdapat ura-ura bahawa beliau ingin membangunkan hedge fund beliau sendiri.
Kegilaan terhadap Dogecoin ini semakin meningkat setelah mendapat sokongan daripada jutawan seperti Elon Musk. Pada hari ini 11 Mei, syarikat penerokaan ruang angkasa Elon Musk SpaceX juga mengumumkan bahawa mereka akan menerima pembayaran Dogecoin (DOGE) untuk misi angkasa berikutnya pada tahun 2022.
Setakat ini harga DOGE sedang mengalami proses pembetulan harga sejak mencapai tahap tinggi sepanjang masa $ 0.70. Dalam pembetulan pasaran kripto terbaru, Dogecoin (DOGE) telah merosot 14% i jatuh di bawah $ 0.50 sehingga $ 0.48 sewaktu penulisan.