Dalam perkembangan terbaru sektor kripto di Amerika Syarikat (as), wakil North Carolina, Patrick McHenry telah mencadangkan rang undang-undang yang berupaya meminda salah satu perundangan yang memerintah Securities and Exchange Commission (SEC) untuk menyediakan ruang selamat untuk projek token kripto tertentu.
Berikut adalah rincian ringkas McHenry dalam kertas cadangan Clarity for Digital Tokens Act of 2021:
- Meminda Akta Sekuriti 1933 bagi tujuan mewujudkan satu pelabuhan yang selamat kepada kumpulan pembangunan token kripto.
- Sekurang-kurangnya tempoh tiga tahun bagi sesebuah penawaran token projek tanpa pendaftaran sebagai peluang untuk kumpulan membangunkan rangkaian desentralisasi sepenuhnya .
Usaha yang diketengahkan oleh McHenry merupakan satu inisiatif yang dikembangkan daripada garis peraturan Token Safe Harbor Proposal yang diusulkan oleh pegawai SEC, Hester Pierce pada April.
Jika diluluskan, usaha yang menekankan kepentingan terhadap sokongan pengaksesan rakyat dan penerimaan pasaran aset digital dianggap satu perkembangan yang terbesar bagi pasaran kripto di AS setakat ini.
Pengarah eksekutif Blockchain Association, Kristin Smith, dan The Chamber of Digital Commerce menyambut baik cadangan McHenry.
Mereka menyifatkan kolaborasi antara pihak penyelia dan peneraju satu langkah yang baik ke arah mewujudkan inovasi terbaru dan penyelesaian token digital yang lebih jelas.
Cadangan McHenry juga bertembung dengan kenyataan pengerusi SEC, Gary Gensler semalam yang mendedahkan agensi itu tiada perancangan mahu menyekat kripto, sama seperti yang dimaklumkan oleh pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell pada minggu lepas.