Semakin menghampiri terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam ini, pergerakan harga dalam pasaran kian bergelora dengan pelabur dikejutkan dengan pengukuhan mata wang US dolar.
Seperti yang dikongsikan pada analisis semalam, harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD telah meneruskan penurunan ke paras tumpuan pada 0.76500 pada sesi New York semalam.
Selepas penurunan harian sekitar 100 pips itu, harga kemudiannya bergerak perlahan dan mendatar di atas paras tersebut sehingga dagangan bersambung pada hari ini.
Jika diteliti, paras tersebut berada pada zon RBS (resistance become support) dan telah menyokong dagangan pada bulan Mei daripada kejatuhan harga lebih rendah.
Namun kini pelabur berwaspada dan menilai reaksi harga pada zon tersebut sebelum mendapatkan isyarat lebih jelas bagi arah pergerakan harga selanjutnya.
Dengan corak penurunan yang dipaparkan pada minggu ini, jangkaan lebih cenderung untuk melihat harga meneruskan penurunan lebih rendah seterusnya menuju zon tumpuan sekitar 0.75700-0.75300.
Zon tersebut merupakan zon support harga pada dagangan Mac lalu sebelum pelabur menyaksikan harga kembali membuat kenaikan lebih 300 pips sehingga Mei.
Namun, kenaikan harga juga boleh berlaku dengan reaksi pasaran terhadap laporan NFP sebentar lagi.
Jika harga membuat kenaikan, paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang dilepasi harga akan kembali memberi isyarat untuk harga meneruskan trend bullish.
Zon rintangan pada 0.78300 akan menjadi tumpuan untuk diuji sebelum harga mencatatkan paras tertinggi terbaru 3 minggu.
Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI