Petrofac, syarikat penyedia perkhidmatan minyak di United Kingdom (UK) telah mendapat kontrak baharu bernilai RM399 juta oleh Petronas Carigali Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
Menurut kenyataan dari pihak Petrofac pada Isnin, kontrak Engineering, Procurement, Construction and Commissioning (EPCC) tersebut akan membantu operasi bagi loji baharu mereka, Bintulu Gas Sale Facilities 2 (BAGSF-2) yang bertapak di persisiran pantai Tanjung Kidurong, Bintulu, Sarawak.
Tambah mereka lagi, fasiliti baharu tersebut akan merangkumi unit proses dan utiliti, unit rawatan efluen, gelincir pemeteran, tangki air api, pam, sistem suar dan bangunan pencawang utama.
Selain itu, projek tersebut turut melibatkan pengubahsuaian besar-besaran dan menghubungkan loji Petronas sedia ada sebagai tambahan kepada kapasiti 390 juta kaki sepadu standard sehari (MMSCFD) kemudahan tersebut.
Malaysia merupakan pusat operasi Petrofac di rantau Asia-Pasifik sejak menjalinkan hubungan kerjasama sejak 2004. Ia menggabungkan kejuruteraan, operasi, kejuruteraan telaga, pengurusan aset, penyahtauliahan dan keupayaan latihan syarikat untuk menyokong pasaran tempatan dan Asia.