Menepati ramalan para penganalisis pasaran, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD mempamerkan corak penurunan harga pada minggu ini selepas bergerak mendatar di sekitar zon harga 1.39000 sepanjang minggu lalu.
Pound Sterling dilihat gagal mengekang dominasi oleh US dolar selepas laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan kukuh pada Jumaat.
Selain data inflasi AS yang menjadi tumpuan pada sesi New York mala mini, pelabur juga berwaspada terhadap dagangan Pound menjelang data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK untuk suku kedua yang akan diterbitkan pada Khamis.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-kukuh-menjelang
Harga jatuh di bawah zon 1.39000 dan bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat pergerakan bearish harga.
Penurunan harga dilihat sedang menuju ke zon RBS (resistance become support) 1.38000 selepas harga melonjak di atas paras tersebut pada dagangan penghujung Julai lalu.
Penurunan lebih rendah yang diteruskan harga berkemungkinan boleh mencecah sehingga ke paras 1.37000 pada minggu ini sekiranya US dolar berjaya kekalkan momentum pengukuhan ke atas Pound.
Sebaliknya jika harga melonjak semula, zon SBR (support become resistance) 1.39000 akan kembali diuji semula untuk isyarat pergerakan harga selanjutnya.
Lonjakan lebih tinggi melepasi zon SBR tersebut akan mendorong kenaikan harga untuk menuju zon rintangan pada 1.40000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG